Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Mufti yang terkenal sebagai penganut ajaran sesat Wahhabi baru-baru ini sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan mengaitkan secara langsung tradisi tarian berzikir yang dilakukan oleh golongan Sufi sebagai amalan Syiah, menurut laporan Malaysiakini.com.
Tanpa membawa bukti yang kukuh Mufti kontroversti tersebut hanya terdaya memaparkan sepotong video yang telah diedit ke dalam akaun media sosialnya dengan paparan beberapa orang berjubah putih dan berketayap berzikir sambil melompat-lompat.
“Unit propaganda Syiah pasti tidak bersetuju dengan larangan 'menari untuk berzikir'. Mereka suka ajaran-ajaran yang pelik ini masuk ke masyarakat Malaysia supaya apabila aktiviti pelik tarian zikir Syiah dikembangkan nanti masyarakat sudah terbiasa dan tidak akan membantah lagi. Maka, 'syiah berbaju sunni' seperti para pengikut Syiah Hasan al-Saqqaf akan berjuang mempertahankan amalan yang pelik seperti dalam video ini”, tuduh Asri Zainul Abidin melulu.
Menurut seorang aktivis Syiah, kenyataan mufti Perlis tersebut dianggap sebuah pembohongan yang bakal menjatuhkan kredibilitinya kerana membuat pertuduhan melulu tanpa bukti kukuh. Selain itu Asri juga didapati sengaja menambahkan permusuhan golongan Wahhabi dengan Ahlisunnah Wal Jamaah di Malaysia. Menurutnya lagi, akhlak buruk mencanang pembohongan dan menghina lawan ini merupakan manifestasi ajaran Ibnu Taymiyyah yang menyerang golongan yang tidak sependapat dengannya samada dengan mencerca atau berbohong. Lebih malang lagi, ajaran Ibnu Taymiyyah yang ekstrem ini telah sampai ke tahap menghalalkan darah golongan yang tidak sependapat dengannya, dan ini amat mengancam keselamatan negara sekiranya nilai-nilai tokoh ekstrem itu diterapkan di Malaysia.